ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 55. Penjagaan masjid dan kawasan.


(1) Majlis hendaklah mempastikan bahawa semua masjid dalam Negeri dijaga dalam keadaan baik dan kawasannya dijaga dalam keadaan bersih.

(2) Pengerusi Jawatankuasa Masjid hendaklah memberitahu Majlis dengan segera apabila berlaku keadaan yang memerlukan pembaikan segera bagi masjid di bawah jagaannya dan hendaklah mengawasi mana-mana pembaikan itu sebagai wakil bagi pihak Majlis.

(3) Tiada ubahsuaian kepada bentuk masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.

(4) Majlis boleh mengarah sesuatu Jawatankuasa Masjid yang ia adalah bertanggungjawab menjaga masjid berkenaan dalam keadaan baik dan bersih.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.