ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN II
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
Seksyen 8. Pembatalan perlantikan.
Yang di-Pertuan Besar, atas nasihat Menteri Besar, boleh membatalkan perlantikan mana-mana ahli Majlis yang dilantik
----
(a)
jika kelakuannya sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai ahli atau sebaliknya telah memburukkan nama Majlis; atau
(b)
jika atas sebab dia telah menjadi tidak berkeupayaan menjalankan tugasnya dengan sempurna sebagai ahli; atau
(c)
jika dia, tanpa sebarang alasan yang pada fikiran Pengerusi adalah mencukupi, telah tidak hadir selama tiga kali berturut-turut mesyuarat Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.