ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XI - ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 219. Hukuman sementara.


Mahkamah boleh atas permohonan dari mana-mana pihak membuat hukuman sementara bagi maksud untuk memelihara apa-apa harta-harta yang menjadi soal dalam pembicaraan atau untuk mempertahankan hak-hak mana-mana pihak, sama ada menunggu pembicaraan, atau memudahkan pembicaraan dan boleh membenarkan pindaan ke atas apa-apa pembicaraan atau membetulkan mana-mana kesilapan atau syarat-syarat yang adil. Apa-apa permohonan yang seperti itu boleh dibuat dengan secara lisan, tetapi mana-mana pihak yang terlibat olehnya hendaklah diberi peluang untuk didengar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.