ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 189. Minuman yang memabukkan.

(1) Mana-mana orang yang membawa, memiliki, mengedar, membeli, atau menjual sebarang minuman yang memabukkan di khalayak ramai atau di mana-mana tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang yang meminum sebarang minuman yang memabukkan di khalayak ramai atau dimana-mana tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.