ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXIV - SHURAKAK (INTERPLEADER)



Seksyen 188. Di mana dibenarkan.

Apabila seseorang yang dalam Bahagian ini dipanggil "pemohon" dituntut ataupun akan dituntut oleh mana-mana dua orang atau lebih bagi atau mengenai apa-apa hutang atau harta yang ia tidak menuntut apa-apa kepentingan selain daripada perbelanjaan dan kos, dan orang-orang itu membuat tuntutan terhadap satu sama lain, pemohon boleh meminta pemulihan engan cara shurakak (interpleader) dalam Mahkamah dimana ia telah dituntut itu atau, jika belum lagi dituntut dalam mana-mana Mahkamah dimana ia mungkin dituntut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.