ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Bab 1 - Kesahtarafan Anak



Seksyen 113. Mengakui seseorang lain sebagai ibu atau bapa

Jika seseorang mengakui seseorang lain sebagai bapa atau ibunya, maka pengakuan itu, jika dipersetujui atau disahkan oleh orang yang diakui itu, sama ada dalam masa hayat atau selepas kematian orang yang mengakui itu adalah menjadi suatu perkeluargaan yang sah, setakat mana perhubungan di antara bapa dan ibu dengan anak itu sahaja, dengan syarat bahawa memandang kepada umur orang yang membuat pengakuan dan umur orang yang diakui itu maka adalah munasabah orang yang diakui itu menjadi ibu atau bapa kepada orang yang mengakui sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.