ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Perbicaraan Jenayah



Seksyen 116. Amaran dan ikat jamin.

(1) Sebagai menggantikan sabit kesalahan ke atas seseorang, Mahkamah boleh memberi amaran dan melepaskannya.

(2) Sebagai menggantikan hukuman ke atas seseorang yang disabitkan kesalahannya, Mahkamah boleh membuat perintah supaya dia mengikat jamin supaya berkelakuan baik selama masa tidak lebih daripada satu tahun dan boleh menerima bon dengan jumlah wang yang ditentukan sama ada dengan penjamin atau deposit sejumlah wang atau tidak.

(3) Jika dibuktikan dia telah melanggar syarat-syarat bon di bawah subseksyen (2), Mahkamah boleh memerintah supaya bon itu dikuatkuasakan seolah-olah amaun yang kena dibayar atas bon itu adalah wang denda.

(4) Apil boleh dibuat terhadap perintah di bawah subseksyen (3).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.