ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - SAMAN



Seksyen 24. Bentuk saman.

(1) Tiap-tiap tindakan hendaklah dimulakan dengan saman yang hendaklah di dalam Borang 2.

(2) Pernyataan tuntutan hendaklah dicatat di belakang saman dan hendaklah mematuhi kehendak seksyen 54.

(3) Jika pernyataan tuntutan itu terlalu panjang sehingga tidak dapat dicatat kesemua pernyataan tuntutan itu dibelakang saman ianya boleh disambung di dalam kertas berasingan yang dilampirkan kepada saman itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.