ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 26. Surat perakuan nikah dan surat perakuan ta'liq.


(1) Selepas mendaftarkan sesuatu perkahwinan dan selepas dibayar kepadanya fee yang ditetapkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu surat perakuan nikah dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu.

(2) Pendaftar hendaklah juga, selepas dibayar fee yang ditetapkan, mengeluarkan suatu surat perakuan ta'liq dalam borang yang ditetapkan kepada tiap-tiap satu pihak kepada Perkahwinan itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.