ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 73. Beban membukti.

(1) Sesiapa berkehendakkan Mahkamah membuat penghakiman tentang apa-apa jua hak atau liabiliti di sisi undang-undang dengan bergantung atas wujudnya fakta yang ditegakkan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.

(2) Apabila seseorang terpaksa membuktikan wujudnya sesuatu fakta, maka adalah dikatakan bahawa beban membuktikan adalah terletak atas orang itu.

MISALAN

A berkehendakkan Mahkamah memberi penghakiman supaya B dihukum kerana jenayah yang A kata telah dilakukan oleh B.

A mestilah membuktikan bahawa B telah melakukan jenayah itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.