ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 4 - PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN HARTA ALIH YANG LAIN DAN UNTUK PENEMUAN ORANG YANG DIKURUNG DENGAN SALAH.
Waran Geledah



Seksyen 46. Hakim boleh mengeluarkan waran memberi kuasa menggeledah untuk mendapatkan keterangan mengenai kesalahan.

Jika seorang Hakim, setelah mendapat maklumat dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkan perIu, mempunyai sebab mempercayai bahawa apa-apa benda yang padanya, olehnya atau berhubung dengannya sesuatu kesalahan telah dilakukan, atau apa-apa keterangan atau benda yang perlu bagi menjalankan penyiasatan ke dalam mana-mana kesalahan, boleh dijumpai di mana-mana tempat, Hakim boleh, dengan waran memberi kuasa kepada orang yang diarahkan oleh waran, untuk masuk, dengan apa-apa bantuan sebagaimana yang dikehendaki, dan menggeledah tempat itu bagi mendapatkan apa-apa keterangan atau benda itu, dan jika apa-apa yang dicari itu dijumpai, hendaklah merampasnya dan membawanya di hadapan Hakim yang mengeluarkan waran atau Hakim yang lain untuk diperlakukan mengikut undang-undang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.