ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 105. Perintah larangan oleh Mahkamah.

(1) Walau apa pun seksyen 93, Mahkamah boleh, jika ia fikirkan perlu berbuat demikian, membuat suatu perintah melarang bapa atau datuk lelaki sebelah bapa seorang kanak-kanak belum dewasa atau wasi-wasi mereka masing-masing atau wasi-wasi kepada wasi-wasi mereka masing-masing daripada-

tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Mahkamah.

(2) Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak belum dewasa yang bersalahan dengan perintah itu boleh ditetapkan sebagai tak sah, dan atas penetapan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang ternampak kepadanya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak belum dewasa itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak belum dewasa itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.