ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - KEWANGAN
PUNGUTAN KHAIRAT



Seksyen 52. Pungutan khairat.


(1) Tanpa mengira apa-apa Undang-undang bertulis lain bertulis yang memperuntukkan sebaliknya, Majlis boleh memungut atau memberikan surat kebenaran dengan terma-terma yang difikirkannya patut kepada mana-mana orang atau kumpulan orang, memungut wang atau sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi kebajikan orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak dan melalui surat kebenaran itu boleh mengenakan syarat-syarat yang difikirkan patut.

(2) Hendaklah disifatkan sebagai suatu terma tiap-tiap surat kebenaran itu bahawa penerima kebenaran itu dan tiap-tiap orang lain yang dibenarkan melaluinya untuk memungut wang atau sumbangan lain hendaklah:


(3) Wang-wang yang dipungut menurut seksyen ini boleh digunakan bagi apa-apa maksud yang dinyatakan dan diluluskan oleh Majlis.

(4) Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang bagi apa-apa maksud seperti yang disebut di bawah subseksyen (1) kecuali dengan kuasa nyata daripada Majlis atau menurut kuasa surat kebenaran di bawah subseksyen yang sama.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.