ENAKMEN 13 TAHUN 1994
ENAKMEN TABUNG AMAL JARIAH NEGERI 1994


Fasal 6. Kuasa-kuasa Lembaga.

(1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa-kuasa yang berikut:
(2) Lembaga adalah pemegang amanah kepada semua wang pemberian atau yang diwasiatkan bagi maksud Tabung dan semua pelaburan yang pada bila-bila masa menjadi wang Tabung atau sebahagian daripadanya dan semua pendapatan yang terbit daripadanya adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(3) Pendapatan, modal dan harta Tabung walau dengan cara apa pun diperolehi bolehlah digunakan khusus bagi mengembangkan tujuan-tujuan Tabung dan tiada bahagiannya boleh dibayar atau dialih secara langsung atau tidak langsung dengan cara dividen, bonus atau selainnya dengan cara keuntungan.

(4) Lembaga hendaklah membayar daripada Tabung segala bayaran dan perbelanjaan bagi atau yang berkaitan dengan pengurusan Tabung, termasuk bayaran elaun-elaun yang berpatutan kepada anggota-anggota Lembaga, atau pengurusan apa-apa amanah atau kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.