ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH



Seksyen 31. Bidangkuasa Mahkamah dan kuasa Qadi Besar dan Qadi-Qadi.

(1) Mahkamah Tinggi Syar'iah hendaklah mempunyai bidangkuasa meliputi seluruh Negeri ini dan hendaklah diketuai oleh Qadi Besar atau Timbalan Qadi Besar.

(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini, Mahkamah Rendah Syar'iah hendaklah berkuasa di atas perkara mal atau lain-lain jenis perkara yang disebutkan selepas ini yang timbul di dalam kawasan bidangkuasanya yang ditentukan di bawah seksyen 29(2) atau, jika kawasan itu tidak ditentukan sedemikian, di dalam Negeri ini, dan hendaklah diketuai oleh Qadi yang dilantik baginya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.