ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN MENJALANKANNYA



Seksyen 127. Mula berkuatkuasa hukuman penjara di atas banduan yang telah sedia menjalani hukuman penjara.

(1) Apabila seorang itu adalah seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara, dihukum penjara, hukuman penjara itu hendaklah bermula dari tarikh hukuman itu atau bila terakhirnya hukuman penjara di mana dia telah dihukum terlebih dahulu, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu.

(2) Tiada apa pun dalam subseksyen yang terdahulu daripada subseksyen ini boleh dianggap sebagai melepaskan mana-mana orang, dari mana-mana bahagian hukuman, yang dikenakan ke atasnya, kerana sabitannya yang dahulu atau kemudian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.