ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXXI - RAYUAN



Seksyen 227. Petisyen rayuan.

(1) Dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan pemberitahuan siapnya salinan diperakui sah penghakiman pihak merayu hendaklah memasukkan kepada Pendaftar Mahkamah dari mana rayuan dibuat petisyen rayuan dalam lima salinan dialamatkan kepada Mahkamah yang mendengar rayuan.

(2) Jika pihak merayu memohon salinan nota-nota keterangan yang dicatatkan oleh Hakim semasa perbicaraannya, dia hendaklah memasukkan petisyen rayuannya dalam tempoh empat belas hari-


mengikut mana-mana tempoh yang lebih lewat.

(3) Setiap petisyen rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkas isi keputusan yang dirayu dan hendaklah mengandungi butir-butir yang jelas mengenai perkara undang-undang atau fakta-fakta yang mengenainya rayuan dibuat dan kecuali dengan kebenaran Mahkamah yang mendengar rayuan, pihak merayu tidak boleh semasa rayuan didengar merujuk kepada alasan rayuan yang lain selain daripada alasan yang dinyatakan di dalam petisyen.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.