ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999

BAHAGIAN XIII - PENYELESAIAN, PENARIKAN BALIK DAN PEMBERHENTIAN



Seksyen 97. Penggantungan.

Jika plaintif telah menarik balik mana-mana prosiding di bawah seksyen 95 dan dia bertanggungan membayar kos mana-mana pihak lain dalam tindakan itu, maka jika sebelum kos itu dibayar dia kemudiannya membawa suatu tindakan bagi kausa tindakan yang sama, atau bagi kausa tindakan yang pada matanya adalah sama, Mahkamah boleh memerintahkan prosiding dalam tindakan itu digantung sehingga kos itu dibayar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.