ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 18. Kehadiran bukan ahli dalam mesyuarat Majlis

(1) Jika seseorang ahli yang dilantik di bawah perenggan 11 (1)(c) atau subseksyen 11(4) tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat Majlis, ahli itu boleh diwakili oleh mana-mana pegawai beragama Islam di Jabatan atau Kementerian yang sama dengannya pada mesyuarat itu.

(2) Pengerusi boleh menjemput mana-mana orang yang bukan ahli Majlis untuk hadir dalam mana-mana mesyuarat Majlis, jika urusan di hadapan mesyuarat itu menyebabkan kehadiran orang itu dikehendaki.

(3) Seseorang yang dijemput menghadiri mesyuarat di bawah subseksyen (1) atau (2) berhak mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian Majlis, tetapi tidak berhak mengundi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.