ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VI - Beban Membukti



Seksyen 73. Beban membukti.

(1) Sesiapa yang berkehendakkan Mahkamah membuat hukuman tentang apa-apa jua hak atau tanggungan di sisi undang-undang dengan bergantung atas wujudnya nyataan yang ditegakkan olehnya, mestilah membuktikan bahawa nyataan itu wujud.

(2) Apabila seseorang terpaksa membuktikan wujud sesuatu nyataan, maka adalah dikatakan bahawa beban membuktikan adalah terletak pada orang itu.
MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.