ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 7 - DARIHAL PENGHAKIMAN



Seksyen 118. Cara menyampaikan penghakiman

Penghakiman dalam tiap-tiap perbicaraan di dalam manamana Mahkamah hendaklah diumumkan di dalam Mahkamah terbuka, sama ada dengan serta-merta atau pada suatu masa kemudiannya yang mengenainya notis wajar hendaklah diberikan kepada pihakpihak dalam perbicaraan itu atau Peguam Syarie mereka, dan tertuduh hendaklah, jika dalam jagaan, dibawa ke hadapan Mahkamah itu atau, jika tidak dalam jagaan, dikehendaki hadir untuk mendengar penghakiman disampaikan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.