ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 14. Perbuatan yang tidak diniat dan tidak diketahui sebagai mungkin menyebabkan kematian atau cedera parah, dilakukan dengan kerelaan.


Tiadalah apa-apa jua yang tidak diniatkan bagi menyebabkan kematian atau cedera parah, dan yang tidak diketahui oleh orang yang melakukannya sebagai menyebabkan kematian atau cedera parah, menjadi suatu kesalahan oleh sebab sesuatu kerosakan yang ia mungkin menyebabkan atau diniat oleh orang yang melakukannya bagi menyebabkannya, kepada seseorang yang berumur lebih daripada lapan belas tahun, yang telah memberi kerelaan, sama ada yang nyata atau yang disifatkan ada, bagi menanggung kerosakan itu; ataupun oleh sebab sesuatu kerosakan yang mungkin diketahui oleh orang yang melakukannya sebagai mungkin menyebabkan kepada mana-mana orang yang tersebut yang telah rela menempuh bahaya kerosakan itu.

MISALAN

A dan Z bersetuju bermain pedang di antara satu dengan lain untuk bersuka-suka. Persetujuan ini bererti kerelaan tiap-tiap seorang menanggung apa-apa kerosakan yang mungkin disebabkan dengan tiada melanggar peraturan-peraturan dalam masa bermain itu; dan jika A tatkala bermain dengan sepatutnya, mencederakan Z, maka A tidaklah melakukan apa-apa kesalahan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.