ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 17. Kuasa merampas senjata yang merbahaya.

Pegawai Penguatkuasa Agama ataupun orang lain yang menjalankan sebarang penangkapan di bawah Enakmen ini boleh mengambil daripada orang ditangkap itu sebarang senjata yang merbahaya yang ada padanya dan hendaklah menyerahkan semua senjata yang diambilnya itu kepada polis.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.