ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 26. Perakuan nikah dan surat perakuan ta’liq.

(1) Apabila mendaftarkan sesuatu perkahwinan dan apabila dibayar kepadanya fi yang ditetapkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan nikah dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak bagi perkahwinan itu.

(2) Pendaftar hendaklah juga, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu surat perakuan ta’liq dalam borang yang ditetapkan kepada setiap satu pihak bagi perkahwinan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.