ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 13. Memeriksa orang berada di mana-mana tempat yang digeledah dengan waran.

Apabila penggeledahan untuk apa-apa perkara dijalankan atau akan dijalankan dengan sah di mana-mana tempat berkenaan dengan sesuatu kesalahan, semua orang yang berada di dalam tempat itu bolehlah ditahan dengan sah hingga selesai penggeledahan itu dan jika barang yang dicari itu berupa bentuk yang boleh disembunyikan pada badan orang itu, maka mereka bolehlah diperiksa untuk mencari barang itu oleh atau di hadapan Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang tidak rendah pangkatnya daripada Inspektor.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.