ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994
BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
BAITULMAL
Seksyen 43. Sumber Baitulmal.
(1) Sumber Baitulmal hendaklah termasuk juga -
(
a
) harta-harta pesaka orang Islam yang mati yang bermastautin dalam Negeri ini sebelum atau selepas tarikh Enakmen ini mula berkuatkuasa;
(
b
) sebarang harta takalih dalam Negeri ini yang menjadi pesaka seseorang Islam yang mati sebelum atau selepas Enakmen ini dikuatkuasakan sama ada di dalam atau di luar Negeri ini atau sama ada dia bermastautin di dalam Negeri ini atau tidak; dan
(
c
) sebarang harta yang diserahkan kepada Majlis atau harta yang tidak ditentukan pemiliknya.
(2) Apabila seseorang Islam mati dalam keadaan di mana semua atau mana-mana bahagian daripada hartabenda terletakhak kepada Baitulmal mengikut syarat-syarat Hukum Syarak, maka ia akan menjadi hak dan terletakhak kepada Baitulmal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.