ENAKMEN 11 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB I - PERMULAAN



Seksyen 3. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"aqil" ertinya sempurna akal;

"baligh" ertinya telah cukup umur mengikut Hukum Syarak;

"Bayyinah" ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah;

"dokumen" ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana juapun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa juapun peranti lain, dengan menggunakan-

"Enakmen Mahkamah" ertinya enakmen Mahkamah Syariah 2004;

"Fakta" ertinya dan termasuklah-

"fakta persoalan" ertinya apa-apa fakta yang daripadanya, sama ada dengan sendiri atau berkaitan dengan fakta lain, wujudnya, tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam mana-mana guaman atau prosiding, semestinya dapat disimpulkan;

MISALAN

"filem" ertinya dan termasuklah mikrofilem dan apa-apa negatif;

"Hakim" ertinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik masing-masingnya di bawah seksyen 6(1), 7(1) atau 9(1) Enakmen Mahkamah;

"Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut mana-mana Mazhab Syafie atau mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali;

"keterangan" termasuklah-

"komputer" ertinya apa-apa peranti bagi merekodkan, menyimpan, memproses, mendapatkan semula atau mengeluarkan apa-apa maklumat atau perkara lain, atau bagi melaksanakan mana-mana satu fungsi itu atau lebih, tidak kira dengan nama atau perihalan apa pun peranti itu disebut dan jika dua komputer atau lebih menjalankan mana-mana satu fungsi itu atau lebih dalam satu kombinasi atau berturutan atau walau bagaimana jua pun selainnya disatukan, ia hendaklah dikira sebagai komputer tunggal;

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah mengikut mana-mana yang berkenaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Enakmen Mahkamah;

"mikrofilem" ertinya apa-apa bahan lutsinar yang mempunyai imej visual dalam saiz yang dikurangkan sama ada secara tunggal atau sebagai suatu siri dan termasuk mikrofis;

"negatif" ertinya suatu fotograf negatif lutsinar pada apa-apa benda atau bahan, dan termasuk apa-apa fotograf negatif lutsinar yang dibuat daripada fotograf negatif asal;

"Peguam Syar'ie" ertinya seseorang yang dilantik sebagai Peguam syar'ie di bawah seksyen 32 Enakmen Mahkamah;

"qarinah" ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebutkan dalam Enakmen ini;

"saksi" tidak termasuk plaintif, defendan dan orang tertuduh;

"syahadah" ertinya apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah dengan menggunakan lafaz "asyhadu" untuk mebuktikan suatu hak atau kepentingan;

"urf" ertinya adat atau amalan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan orang tertentu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan.

(2) Dalam Enakmen ini-

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.