ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 76. Beban membuktikan fakta yang dikehendaki supaya keterangan boleh diterima.

Beban membuktikan sesuatu fakta yang perlu dibuktikan bagi membolehkan seseorang memberi keterangan mengenai sesuatu fakta lain adalah terletak atas orang yang hendak memberi keterangan itu.

MISALAN

(a) A hendak membuktikan suatu akuan yang dibuat oleh B semasa B menghadapi maut. A mestilah membuktikan kematian B.

(b) A hendak membuktikan dengan jalan keterangan sekunder tentang kandungan suatu dokumen yang telah hilang. A mestilah membuktikan bahawa dokumen itu telah hilang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.