ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 9 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERKAITAN DENGAN TESTIMONI SAKSI.



Seksyen 126. Penafian (ta'in) ke atas saksi.

Apabila mana-mana pihak kepada sesuatu prosiding mengisytiharkan sebagai tidak adil mana-mana saksi pihak menentang, sama ada sebelum atau selepas pemeriksaan saksi itu di bawah seksyen 122 atau 123 dengan mengemukakan apa-apa keterangan yang boleh menghalang penerimaan keterangannya, hakim hendaklah menghendaki pihak itu membuktikan fakta tersebut.

Huraian-Apabila defendan membuktikan bahawa mana-mana saksi tidak adil, hakim hendaklah menolak keterangan saksi itu tetapi jika defendan gagal membuktikan faktanya, hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan saksi itu jika dia belum berbuat demikian atau belum memberi keputusannya mengikut keterangan jika dia telah menjalankan pemeriksaan tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.