ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 2 - ADUAN KEPADA HAKIM



Seksyen 75. Penangguhan pengeluaran proses.

Jika Hakim mempunyai keraguan yang munasabah mengenai kebenaran suatu aduan tentang suatu kesalahan yang dia diberikuasa mengambil tahu dia boleh, apabila pengadu itu telah diperiksa, mencatatkan sebab dia meragui kebenaran aduan itu dan boleh kemudiannya menangguhkan pengeluaran proses bagi memaksa kehadiran orang yang diadukan itu dan sama ada menyiasat hal itu sendiri atau mengarah Pegawai Penguatkuasa Agama membuat siasatan bagi maksud menentukan kebenaran atau kepalsuan aduan itu dan melaporkan kepadanya hasil siasatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.