ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal Pelbagai Kesalahan dan sanksi untuk mendakwa



Seksyen 118. Kegagalan membayar zakat atau fitrah.

(1) Mana-mana orang yang dikenakan membayar apa-apa zakat atau fitrah di bawah seksyen 68 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] dan setelah gagal untuk mendapatkan pembatalan atau ubahsuaian liabiliti yang berkenaan di bawah seksyen 70 Enakmen yang sama enggan atau dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah itu adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2) Sabitan di bawah seksyen ini hendaklah tidak berkuasa untuk menghapuskan liabiliti tersebut.

(3) Mana-mana orang yang membuat atau mengambil bahagian di dalam mana-mana pungutan zakat atau fitrah tersebut yang berlawanan dengan seksyen 68 Enakmen yang berkenaan tanpa diberi kuasa yang sah adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.