ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - KEWANGAN
AKAUN



Seksyen 46. Anggaran.


(1) Majlis hendaklah menyediakan dan menyerahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri tidak lewat dari 31 haribulan Oktober pada setiap tahun anggaran-anggaran kesemua pendapatan dan perbelanjaan Majlis, termasuk di dalamnya anggaran-anggaran segala harta yang boleh diterima dan boleh dilupuskan dalam bentuk barang-barang, berkenaan dengan tahun yang berikut. Pihak Berkuasa Negeri boleh meluluskan anggaran-anggaran itu atau boleh mengarahkan supaya ia dipinda. Apabila telah diluluskan atau dipinda sedemikian, anggaran-anggaran tersebut hendaklah disiarkan dalam Warta.

(2) Majlis boleh pada bila-bila masa menyerahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri, anggaran-anggaran perbelanjaan tambahan berkenaan dengan tahun semasa atau, pada bila-bila masa sebelum dari 31 haribulan Mac dalam mana-mana tahun, berkenaan dengan tahun yang lalu, dan tambahan itu boleh diluluskan atau dipinda, dan hendaklah disiarkan dalam Warta mengikut cara yang sama.

(3) Tiada wang boleh dibelanjakan atau harta dilupuskan dalam bentuk barang-barang, kecuali mengikut anggaran-anggaran seperti yang disebut terdahulu itu dan atas baucar yang ditandatangani oleh Pengerusi atau pegawai Majlis yang diberikuasa oleh Pengerusi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.