ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal keterangan palsu dan kesalahan-kesalahan terhadap keadilan awam



Seksyen 87. Kenyataan palsu yang dibuat dalam sesuatu akuan yang boleh diterima di sisi undang-undang sebagai keterangan.

Mana-mana orang yang dalam sesuatu akuan yang ditandatangani olehnya, dan yang sesebuah Mahkamah, atau seseorang penjawat awam atau orang lain, terikat atau dibenarkan di sisi undang-undang menerima sebagai keterangan mengenai apa-apa fakta, membuat sesuatu kenyataan yang palsu, dan yang ia sama ada ketahui atau percaya sebagai palsu atau yang ia tidak percaya sebagai benar, mengenai sesuatu perkara yang material kepada maksud akuan yang dibuat atau digunakan itu, hendaklah dihukum sama seperti seolah-olah ia telah memberi keterangan palsu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.