ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VII - Saksi



Seksyen 83. Siapa yang boleh memberi keterangan sebagai saksi.

(1) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan peruntukan seksyen ini, semua orang Islam adalah layak memberi bayyinah atau syahadah dengan syarat bahawa mereka hendaklah sempurna akal, baligh, adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak menimbulkan tohmah.

(2) Seseorang bukan Islam layak memberi bayyinah ke atas seorang Islam jika keterangan itu boleh diterima mengikut Hukum Syarak.

(6) Seorang yang dikenali dengan lemah ingatan atau pelupa atau salah ingatan adalah layak memberi bayyinah tetapi tidak layak memberi syahadah.

(7) Seorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan baik dan mempunyai kepentingan dengan pihak yang berkaitan adalah layak memberi bayyinah tetapi tidak layak memberi syahadah.

(8) Seorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan buruk dengan pihak yang berkaitan adalah layak memberi bayyinah tetapi tidak layak memberi syahadah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.