ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB VII - BIDANGKUASA MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH SYARIAH MENGENAI PERBICARAAN

Syarat-syarat Dikehendaki bagi Memulakan Prosiding



Seksyen 72. Sanksi untuk mendakwa.

(1) Tiada pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa boleh dimulakan melainkan dengan sanksi Penasihat Undang-undang Negeri atau Ketua Pendakwa Syarie, mengikut mana yang berkenaan, jika undang-undang tersebut menghendaki supaya sanksi tersebut hendaklah terlebih dahulu diperolehi sebelum pendakwaan bagi kesalahan tersebut boleh dimulakan.

(2) Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah seksyen 226 Enakmen ini boleh dimulakan melainkan dengan sanksi terlebih dahulu daripada Ketua Pendakwa Syarie.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.