ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IV - HUKUMAN DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 38. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akadnikah perkahwinan.

(1) Seseorang yang dengan diketahuinya mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan-

adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang yang berkahwin, atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai berkahwin, atau menjalani sesuatu cara perkahwinan, dengan sesiapa jua berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.