ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 98. Pemecatan penjaga.

Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa memecat seseorang penjaga, sama ada seorang ibu atau bapa atau orang lain dan sama ada dia adalah penjaga bagi diri atau harta kanak-kanak belum dewasa, dan boleh melantik seorang lain menjadi penjaga bagi menggantikannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.