ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 25. Salinan diperakui bagi ketetapan

Satu salinan apa-apa ketetapan Majlis yang diperakui oleh Setiausaha sebagai salinan benar ketetapan itu adalah keterangan yang mencukupi mengenainya, dan semua mahkamah hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman kepada ketetapan itu tanpa bukti tandatangan Setiausaha.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.