ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN V - PELBAGAI KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 43. Pungutan tanpa kebenaran.

Sesiapa yang membuat apa-apa pungutan kerana khairat tanpa kebenaran Majlis atau berlawanan dengan apa-apa peruntukan undang-undang atau peraturan yang ditentukan mengenainya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Mahkamah boleh memerintahkan semua pungutan itu dirampas dan diserahkan kepada yang berhak atau kepada Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.