ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 237. Memberikan jaminan.

(1) Jaminan hendaklah diberikan dengan mendepositkan wang atau melalui bon yang amaunnya hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pendaftar.

(2) Perbelanjaan mengenai jaminan, jika ada, hendaklah ditanggung oleh orang yang memberikan jaminan itu.

(3) Suatu akujanji bertulis oleh seorang Peguam Syarie boleh diterima sebagai ganti jaminan yang disebut dalam subseksyen (1).

(4) Jika jaminan diberikan dengan mendepositkan wang, wang itu tidak boleh dibayar keluar tanpa perintah Mahkamah.

(5) Jika jaminan diberikan melalui bon, seorang penjamin diperlukan melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.