ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MELAKA 1988

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 29. Enakmen-Enakmen tidak selari dengan Enakmen ini.

Jika mana-mana Enakmen, Kaedah, peraturan tentang Sekolah-Sekolah Agama adalah tidak selari dengan Enakmen ini, Enakmen ini hendaklah mengatasi, dan Enakmen-Enakmen, Kaedah-Kaedah, peraturan-peraturan itu hendaklah, setakat ketidakselarian itu, menjadi batal.

Diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang telah bersidang pada 12hb. April, 1988.

LATIPAH BINTI SELAMAT,
Setiausaha Dewan Undangan Negeri,
Melaka
[JKMM.S. 188/26; PUN (M) 351/16/1]




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.