ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MELAKA 1988

BAHAGIAN II - PENDAFTAR DAN TIMBALAN-TIMBALAN PENDAFTAR



Seksyen 4. Tugas-tugas Pendaftar

(1) Maka adalah menjadi tanggungjawab Pendaftar untuk memastikan dan mengawasi yang semua Sekolah Agama dalam Negeri ditadbirkan dengan sepatutnya.

(2) Pendaftar hendaklah, pada setiap masa, sentiasa memberitahu Pihak Berkuasa Negeri tentang hal-ehwal semua Sekolah Agama dalam Negeri.

(3) Pendaftar hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu daftar mengenai semua Sekolah Agama yang didaftarkan di bawah Enakmen ini dan dalam daftar itu hendaklah direkodkan butir-butir mengenai setiap sekolah termasuk-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.