ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERNIKAHAN



Seksyen 36. Bukti.

Tiap-tiap Daftar Pusat dan Daftar Daerah yang masing-masingnya disimpan oleh Ketua Pendaftar dan Pendaftar di bawah peruntukan Enakmen ini dan suatu salinan apa-apa catitan di dalamnya yang diperakui dengan tandatangan dan meteri jawatannya sebagai suatu salinan atau cabutan yang benar adalah menjadi keterangan prime facie dalam semua Mahkamah dan tribunal dalam Negeri ini mengenai tarikh dan perbuatan yang terkandung atau dinyatakan dalam Daftar Pusat, Daftar Daerah salinan atau cabutan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.