ENAKMEN 12 TAHUN 1993
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 13. Bidang kuasa rayuan Mahkamah Tinggi Syariah.

(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan sesuatu rayuan oleh seseorang yang disabitkan atau selainnya didapati bersalah atau oleh Ketua Pendakwa Syar'i terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan rayuan-rayuan daripada sesuatu penghakiman atau perintah-perintah mana-mana Mahkamah Rendah Syariah dalam sesuatu perkara sivil.

(3) Atas sesuatu rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.