ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 9. Perlantikan sementara.


(1) Jika sekiranya atas sebab ketiadaan sementara ataupun atas sebab keuzuran mana-mana ahli Majlis, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seseorang yang difikirkan layak bagi menggantikannya untuk sementara waktu.

(2) Perlantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah tamat 7 hari selepas ahli sebenar memberi notis bertulis kepada Pengerusi tentang keupayaannya untuk kembali bertugas.

(3) Satu salinan notis di bawah subseksyen (2) hendaklah diserahkan juga kepada ahli sementara.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.