ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB III - Nyataan Yang Tidak Perlu Dibuktikan



Seksyen 45. Nyataan yang diakui tidak perlu dibuktikan.

(1) Tertakluk kepada seksyen 17 (2), tidaklah perlu dibuktikan dalam mana-mana prosiding apa jua nyataan yang pihak atau wakil mereka dalam prosiding itu bersetuju hendak mengaku apabila diadakan prosiding itu atau yang sebelum diadakan prosiding itu mereka bersetuju hendak mengaku dengan sesuatu surat yang ditandatangani oleh mereka, atau yang menurut sesuatu kaedah pliding yang berkuatkuasa pada masa itu mereka adalah disifatkan telah mengaku melalui pliding mereka.

(2) Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki supaya nyataan yang diakui itu dibuktikan dengan jalan lain daripada pengakuan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.