ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004


Seksyen 134. Perintah ansuran

(1) Mana-mana penghutang yang terhadapnya penghakiman telah atau akan diberikan boleh memohon kepada Mahkamah----

(2) Jika apa-apa ansuran yang dibenarkan dengan perintah di bawah subseksyen (1) tertunggak selama tempoh lebih daripada satu bulan, perintah itu hendaklah disifatkan telah terbatal dan pemiutang penghakiman bolehlah menjalankan pelaksanaan bagi memdapatkan kesemua amaun yang pada masa itu kena dibayar atas penghakiman itu, tetapi penghutang penghakiman itu boleh memohon untuk mendapatkan perintah yang lain.

(3) Mana-mana pihak boleh, jika suatu perintah pembayaran secara ansurans telah dibuat, memohon supaya perintah itu dibatalkan atau supaya ansuran itu ditambah atau dikurangkan dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya adil.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.