ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Zakat dan Fitrah



Seksyen 155. Kuasa-kuasa Jabatan.

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini, Jabatan hendaklah mempunyai kuasa, dan hendaklah menjadi tanggungannya, untuk memungut dan mengendalikan semua zakat dan fitrah yang kena dibayar di dalam Negeri ini mengikut Hukum Syara' bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan dan seperti yang diarah oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan bertindak atas nasihat Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.