ENAKMEN 3 TAHUN 2001
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN III - PERLANTIKAN HAKIM DAN BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 6. Pelantikan Ketua Hakim Syarie.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Menteri Besar, boleh melantik seorang Ketua Hakim Syarie.

(2) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika-




(3) Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, memegang jawatan Ketua Hakim Syarie di bawah Enakmen terdahulu dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).

(4) Pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam
Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.