ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN III - CARA MEMULAKAN PROSIDING
BAB 4 - TUNTUTAN, PERMOHONAN ATAU PEMBELAAN LISAN



Seksyen 16. Tuntutan, permohonan atau pembelaan lisan.

(1) Walau apa pun peruntukan lain dalam Enakmen ini, Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, membenarkan apa-apa tuntutan, permohonan dimulakan atau pembelaan dibuat secara lisan:

Dengan syarat bahawa dalam hal sedemikian Mahkamah hendaklah mencatatkan butir-butir tuntutan, permohonan atau pembelaan dengan mengambil kira peruntukan-peruntukan Enakmen ini berhubungan dengan saman atau permohonan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Mahkamah hendaklah menyerahkan satu salinan catatan yang dibuat di bawah subseksyen (1) kepada pihak yang berkenaan dengannya butir-butir tuntutan, permohonan atau pembelaannya dicatatkan.

(3) Apabila diterima catatan yang disebut dalam subseksyen (2), pihak yang kepadanya ianya disampaikan hendaklah-

(4) Jika Mahkamah membenarkan tuntutan, permohonan atau pembelaan dibuat mengikut subseksyen (1), ia hendaklah mengenakan fee sebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.